Monday, August 8, 2016

Tips bagaimana waris boleh membuat tuntutan PRS



Assalamualaikum dan salam ceria...



Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana membuat tuntutan PRS (Private Retirement Schemes) ataupun Skim Persaraan Swasta si mati. Mungkin ada dikalangan kita yang membuat pelaburan tambahan bagi tujuan persaraan. Semuanya ini untuk kegunaan selepas bersara.

PRS ini bolehlah kita ibaratkan satu lagi sarang telur untuk kegunaan kita setelah bersara. Dgn kos sara hidup yang semakin tinggi serta tanpa perancangan kewangan yang teliti, ramai pesara yg menghabiskan duit persaraan dalam tempoh 3 tahun saja.

Memang rasa ngeri apabila memikirkan bila bersara dan tidak pula bekerja, duit pun tiada. Bagaimana hendak meneruskan kelangsungan hidup?

Pun begitu, bagaimana jika sudah merancang persaraan dan menyediakan dana untuk kegunaan itu tetapi tidak sempat digunakan? Bagaimana waris ataupun keluarga tersayang boleh menuntut?

mungkin ada yang bertanya apakah itu PRS dan bagi yang ingin tahu lebih lebih lanjut, linknya juga saya sertakan di bawah.

Apakah itu PRS?

PRS atau Private Retirement Schemes (Skim Pencen Swasta) adalah inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2 kerajaan bagi mempercepatkan pembangunan industri pencen swasta. Ia direka bagi menyediakan dana persaraan tambahan kepada pesara.

Secara umumnya ia adalah skim pelaburan jangka panjang dengan matlamat memberi pilihan bagi skim sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, bekerja sendiri yang secara sukarela memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PRS dan siapa penyedia PRS boleh lihat di SINI.


Pengeluaran Selepas Kematian – PRS      
Kematian Ahli

Dokumen yang diperlukan:
   
* Salinan kad pengenalan ahli/pasport yang menunjukkan namanya yang penuh
dan jelas serta nombor kad pengenalan/pasport;
·    
* Salinan dokumen yang menunjukkan nombor akaun PPA;
·    
* Sijil asal dan salinan Sijil Kematian;
·    
* Sijil asal dan salinan Surat Pentadbiran/Probet/Sijil Faraid;
·    
* Salinan kad pengenalan Pelaksana wasiat/Pentadbir;
·    
* Salinan Borang Pengeluaran Pembekal ini; dan
·    
* Salinan/akaun bank pentadbir/pelaksana
* Salinan dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan di atas hendaklah
dihantar oleh Penyedia PRS ke PPA melalui pos/e-mel untuk mendapatkan
kebenaran.

Pembayaran kepada pemegang amanah, pelaksana wasiat atau pentadbir ahli
PRS si mati perlu mendapat kebenaran PPA sebelum ianya diproses. Penyedia PRS
perlu membayar pemegang amanah, pelaksana wasiat atau pentadbir ahli PRS si
mati dalam tempoh 10 hari selepas mendapat kebenaran PPA.

Jika si mati mempunyai akaun PRS lebih daripada satu (1), PPA akan:
(i) Memberi maklumat kepada Penyedia yang lain mengenai status ahli yang
telah mati. Ini bagi memastikan tiada arahan daripada pihak ketiga kepada
Penyedia PRS.
(ii) Memaklumkan pelaksana wasiat atau pentadbir harta pusaka si mati
sekiranya si mati ada mempunyai akaun dengan Penyedia yang lain.

(Nota: Sekiranya berlaku kematian, wang PRS akan dikembalikan kepada
waris si mati untuk diagihkan mengikut arahan daripada mahkamah.)

Apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagian saja tuntutan yang perlu dibuat waris si mati sekiranya dia tidak melantik WASI ataupun PERANTARA bagi mengurus, mentadbir dan mengagihkan hartanya setelah kematiannya. Sekiranya dia mempunyai duit tunai di mana-mana institusi perbankan, tuntutan yang sama juga perlu dibuat setelah mendapat Surat Kuasa Mentadbir. Setelah itu baru ia boleh diagihkan setelah urusan-urusan lain berkaitan si mati diselesaikan terlebih dulu terutama jika dia mempunyai hutang-piutang, wasiat dan sebagainya.

Semuanya ini perlu diuruskan waris si mati sendiri yang bergantung pada kesediaannya (di segi masa, tenaga dan kos) untuk mengurus, mentadbir dan mengagihkan harta peninggalan si mati.

Namun, jika semasa hidupnya si mati sudah membuat perancangan pengurusan dengan melanggan ALWASITAH, semua itu tidak menjadi masalah. Ia bukan saja tidak membebankan waris malah urusan untuk mendapatkan SURAT KUASA MENTADBIR dan pengagihan pusaka kepada waris-waris yang berhak dapat  diselesaikan segera TANPA KOS pada waris.

Manfaatnya, harta diuruskan dengan segera, tanpa gaduh-gaduh dan elak sengketa antara waris, elak pusaka daripada terbiar dan tidak dituntut, memudahkan waris dan tidak membebankan mereka, dan yang paling penting pewarisan harta dapat dilakukan dengan lancar.

Untuk mengetahui caranya, SMS, WHATSAPP, TELEGRAM 013-3311981.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading..
Jika anda mempunyai cadangan, pendapat mahupun pertanyaan yang ingin di kongsi. Dengan senang hatinya. Sila tinggalkan komen anda disini...