Wednesday, August 3, 2016

Tangani emosi yang suram


Assalamualaikum dan salam Khamis yang ceria...

Sekadar ingin berkongsi... Setiap orang melalui detik naik turun dalam hidupnya. Baik disegi emosi, kewangan dan juga sebagainya. Ia sangat memberi kesan pada diri dan tindakan seseorang. Saya juga tidak terkecuali.

Ada ketika apabila berasa down, semua dibuat serba tidak kena. Ingin rasa terus mengasingkan diri, tidak mahu keluar rumah ataupun berkomunikasi dengan teman kerana bimbang, perasaan negatif itu akan berjangkit kepada mereka. Justeru bagaimana untuk keluar daripada perasaan itu?

 1. Dekatkan diri pada Tuhan - solat, solat dan solat. Solat taubat, solat malam, solat dhuha, solat tasbih dsbnya.

 2. Baca al-Quran - buka saja mana-mana lembaran dan baca. Sebaik-baik baca dengan terjemahannya sekali.

 3. Bercakap pada diri. Cakap yang baik-baik saja. Ingatkan kejayaan-kejayaan (tidak kira samaada ia hanya kejayaan kecil) untuk membina kembali semangat dan kekuatan diri.

 4. Sibukkan diri dengan aktiviti. Dalam situasi ini biasanya kita lebih suka memencilkan diri tetapi cuba buat yang bertentangan. Buat apa saja agar diri sibuk dan fikiran tidak tertumpu pada perasaan yang down itu.

 5. Wujudkan rutin harian. Walaupun perasaan malas menjadi-jadi, ikut saja rutin tu tanpa banyak fikir.

 6. Rapatkan diri dengan dengan mereka yang sukses dalam bidang masing-masing. Serap aura positif mereka sebanyak mungkin.

 7. Banyakkan bersyukur - sujud syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini, banyakkan bersedekah walaupuni RM1 dan juga cuba berlapang dada.

 8. Choose to be happy...

 Hidup ini adalah satu perjalanan yang sukar dan panjang. Susah dan senang adalah satu ujian. Namun apabila berada dalam keadaan kapal yang hampir tenggelam, jangan putus harapan. Teruskan berusaha untuk hidup agar selamat sampai ke pelabuhan.

 P.S Perkongsian ini adalah sekadar pandangan dan pengalaman untuk peringatan diri sendiri yang ada waktunya berdepan dengan emosi suram. Untuk bangun semula memang sukar apalagi apabila sudah terlalu lama berada dalam emosi demikian. Namun sering saya letakkan had masa pada diri sendiri. Dua atau tiga hari atau paling lama seminggu. Selepas itu, bangkit kembali dengan suntikan semangat baru..

Kongsikan sekiranya bermanfaat...

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading..
Jika anda mempunyai cadangan, pendapat mahupun pertanyaan yang ingin di kongsi. Dengan senang hatinya. Sila tinggalkan komen anda disini...