Friday, December 16, 2016
Risiko isteri yang berkahwin di sempadan
Arus kehidupan sering kali tidak menentu. Ada pasang dan surutnya. Ada ketika manis dan ada ketikanya getir. Pun begitu setiap insan yang menghadapi saat-saat itu - tidak kira getir ataupun manis perlu menerimanya dengan tabah dan sematkan dalam ingatan bahawa itulah ujian yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.
Hidup ini hanya sementara... bila-bila masa kita akan dipanggil menghadap-Nya...
Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman khususnya untuk para isteri yang menikah di sempadan ataupun di luar negara. Bukan apa, ada beberapa isu perundangan yang perlu dipatuhi dan tidak seharusnya dipandang remeh apabila pernikahan dibuat di negara jiran.
Justeru, apa yang seharusnya diketahui dan dipatuhi?
PERTAMA
Pastikan Jabatan Agama yang menikahkan anda itu mendapat pengiktirafan JAKIM. Di Selatan Thailand hanya 6 Majlis Agama Islam wilayah yang diberi pengiktirafan iaitu di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Patalong.
KEDUA
Dapatkan pengesahan daripada KONSULAT MALAYSIA di Songkhla yang sah dengan datang sendiri ke pejabat Konsulat.
KETIGA
Daftarkan segera pernikahan anda di negara ini. Walaupun akan dikenakan denda, pendaftaran perkahwinan ini sangat penting kerana sekiranya berlaku pada masa hadapan seperti kematian ataupun penceraian, isteri boleh menuntut haknya di sisi undang-undang.
Sekiranya berlaku KEMATIAN..
FARAID ISTERI adalah 1/8 ataupun 1/4 bahagian bergantung pada struktur waris faraid suami.
FARAID SUAMI adalah 1/4 ataupun 1/2 bahagian bergantung pada struktur waris faraid isteri.
Sekiranya pernikahan ini tidak didaftarkan di negara ini, isteri berdepan dengan risiko penafian haknya di sisi undang-undang apabila berlaku perceraian ataupun kematian. Ia akan menyulitkan waris (ibu bapa dan anak-anaknya) untuk membuat tuntutan.
P/S: Sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai harta pusaka atau ingin mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA bagaimana untuk membuat perancangan harta boleh hubungi 013 3311981 atau emel suraiya@kausarwealth.com
Monday, August 8, 2016
Tips bagaimana waris boleh membuat tuntutan PRS
dan jelas serta nombor kad pengenalan/pasport;
* Salinan dokumen yang menunjukkan nombor akaun PPA;
* Sijil asal dan salinan Sijil Kematian;
* Sijil asal dan salinan Surat Pentadbiran/Probet/Sijil Faraid;
* Salinan kad pengenalan Pelaksana wasiat/Pentadbir;
* Salinan Borang Pengeluaran Pembekal ini; dan
* Salinan/akaun bank pentadbir/pelaksana
dihantar oleh Penyedia PRS ke PPA melalui pos/e-mel untuk mendapatkan
kebenaran.
PRS si mati perlu mendapat kebenaran PPA sebelum ianya diproses. Penyedia PRS
perlu membayar pemegang amanah, pelaksana wasiat atau pentadbir ahli PRS si
mati dalam tempoh 10 hari selepas mendapat kebenaran PPA.
telah mati. Ini bagi memastikan tiada arahan daripada pihak ketiga kepada
Penyedia PRS.
sekiranya si mati ada mempunyai akaun dengan Penyedia yang lain.
waris si mati untuk diagihkan mengikut arahan daripada mahkamah.)
Wednesday, August 3, 2016
Tangani emosi yang suram
Sekadar ingin berkongsi... Setiap orang melalui detik naik turun dalam hidupnya. Baik disegi emosi, kewangan dan juga sebagainya. Ia sangat memberi kesan pada diri dan tindakan seseorang. Saya juga tidak terkecuali.
Ada ketika apabila berasa down, semua dibuat serba tidak kena. Ingin rasa terus mengasingkan diri, tidak mahu keluar rumah ataupun berkomunikasi dengan teman kerana bimbang, perasaan negatif itu akan berjangkit kepada mereka. Justeru bagaimana untuk keluar daripada perasaan itu?
1. Dekatkan diri pada Tuhan - solat, solat dan solat. Solat taubat, solat malam, solat dhuha, solat tasbih dsbnya.
2. Baca al-Quran - buka saja mana-mana lembaran dan baca. Sebaik-baik baca dengan terjemahannya sekali.
3. Bercakap pada diri. Cakap yang baik-baik saja. Ingatkan kejayaan-kejayaan (tidak kira samaada ia hanya kejayaan kecil) untuk membina kembali semangat dan kekuatan diri.
4. Sibukkan diri dengan aktiviti. Dalam situasi ini biasanya kita lebih suka memencilkan diri tetapi cuba buat yang bertentangan. Buat apa saja agar diri sibuk dan fikiran tidak tertumpu pada perasaan yang down itu.
5. Wujudkan rutin harian. Walaupun perasaan malas menjadi-jadi, ikut saja rutin tu tanpa banyak fikir.
6. Rapatkan diri dengan dengan mereka yang sukses dalam bidang masing-masing. Serap aura positif mereka sebanyak mungkin.
7. Banyakkan bersyukur - sujud syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini, banyakkan bersedekah walaupuni RM1 dan juga cuba berlapang dada.
8. Choose to be happy...
Hidup ini adalah satu perjalanan yang sukar dan panjang. Susah dan senang adalah satu ujian. Namun apabila berada dalam keadaan kapal yang hampir tenggelam, jangan putus harapan. Teruskan berusaha untuk hidup agar selamat sampai ke pelabuhan.
P.S Perkongsian ini adalah sekadar pandangan dan pengalaman untuk peringatan diri sendiri yang ada waktunya berdepan dengan emosi suram. Untuk bangun semula memang sukar apalagi apabila sudah terlalu lama berada dalam emosi demikian. Namun sering saya letakkan had masa pada diri sendiri. Dua atau tiga hari atau paling lama seminggu. Selepas itu, bangkit kembali dengan suntikan semangat baru..
Kongsikan sekiranya bermanfaat...
Friday, July 29, 2016
Pemberian kasih sayang
Assalamualaikum dan salam ceria!
Alhamdulillah...usai sudah acara tandatangan dokumen HIBAH bagi pasangan ini.
Apa yang dimaksudkan dengan hibah itu?
Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.
Ia perancangan yang dibuat semasa hidup dan hanya terlaksana sesudah seseorang itu meninggal dunia.
Ada syarat dan rukunnya yang perlu dipatuhi. Dan ia cara paling berkesan mengagih harta mengikut kehendak pemiliknya.
Bagi pasangan ini, si suami juga sudah memastikan apabila ketiadaannya nanti, isteri dan anak-anaknya tidak dirumitkan untuk mendapatkan SURAT KUASA MENTADBIR bagi memindahkan pusakanya kepada waris.
Semua sudah dirancang dan diatur dengan baik.
Semoga usaha dan tindakan pasangan ini mendapat keberkatan Allah SWT.
Ingin ikut jejak langkah pasangan ini?
Dapatkan khidmat runding cara peribadi percuma dengan menghubungi:
013 3311981
013 3311981
013 3311981
Boleh whatsapp, sms ataupun telegram.
Jangan tinggalkan keluarga anda dengan tangisan berpanjangan...
Tapi tinggalkanlah mereka dengan kemudahan dan kesyukuran.
Tuesday, April 26, 2016
Kenapa perlu melantik Wasi?
Assalamualaikum dan salam keceriaan
Semalam selesai sudah urusan penyediaan dokumen Perlantikan Wasi Pn Jamilah atau panggilan mesranya Kak Jam. Dokumen berkenaan sudah pun ditandatangani beserta tandatangan dua orang saksi lelaki yang juga anak-anak jirannya.
(Dalam pengurusan harta pusaka, Wasi adalah pentadbir atau pemegang amanah kepada harta berkenaan.)
Turut sama menyaksikan anak perempuan Kak Jam, anak saudara jirannya dan juga jiran Kak Jam.
Suasana agak syahdu apabila Kak Jam membaca pengisytiharan keadaan dirinya dan melantik kedua-dua anaknya sebagai Wasi sekiranya dia meninggal dunia.
Anaknya tampak serius. Semua yang hadir fokus pada apa yang dilafazkan Kak Jam - perancangan awalnya dalam memastikan harta yang bakal ditinggalkannya nanti tidak menyusahkan waris-warisnya dan terurus dengan baik.
Sebelum itu saya memberikan penerangan serba sedikit mengenai tugas dan tanggungjawab wasi.
1. Menjelaskan kos pengebumian.
2. Melangsaikan hutang-piutang iaitu hutang dunia dan juga hutang akhirat (zakat, fidyah, nazar, haji jika yang masih belum sempat mengerjakannya semasa hidup menggunakan pusaka si mati).
3. Memungut hutang (menjadu sebahagian drp pusaka).
4. Mengumpul semua harta - harta alih (wang tunai di dlm akaun simpanan, kwsp, tabung haji, ASB, saham-saham dll) dan harta tak alih seperti tanah dan hartanah).
5. Pentadbiran dan pengagihan harta samada mengikut pesanan, muafakat ataupun faraid.
Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar.
Kak Jam melanggan perkhidmatan Al-Wasitah Wasiyyah Shoppe yang mana perkhidmatan ini membantu waris mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir ( SKM) daripada Pejabat Pusaka Kecil dgn cepat antara 3 ke 6 bulan (biasanya pengurusan pusaka utk mendapat SKM yg dibuat sendiri oleh waris ambil masa bertahun-tahun, ada yg sampai 70 tahun baru selesai).
Dan yang uniknya Al-Wasitah ini tidak mwmbebankan waris disegi kos. Waris mendapat perkhidmatan itu secara PERCUMA!
Pada masa sama, Kak Jam juga sudah membuat WASIAT 1/3 iaitu wasiat amal jariah sebagai saham akhiratnya. Semoga semua perancangan dan hasrat murninya itu diterima Allah swt. Amin...
Bagi mereka yang belum membuat sebarang perancangan, saya syorkan kenali dan dekatilah ilmu Faraid. Dari situ anda akan tahu kedudukan waris-waris anda samada mereka ini dlm kedudukan kritikal atau sebaliknya...
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana Al-Wasitah Wasiyyah Shoppe boleh membantu waris-waris anda, boleh hubungi 0133311981.
Wednesday, January 20, 2016
Tips bagaimana membuat tuntutan harta pusaka
1. Kenalpasti siapa waris faraid simati.
2. Kumpulkan semua waris-waris ini untuk berbincang bagi melantik seorang yang akan membuat permohonan untuk mendapatkan LA (Letter of Administration) atau Surat kuasa tadbir dari Pejabat Tanah (bhg pusaka kecil bg harta bawah RM2 juta).
3. Dapatkan Borang A di Pejabat Tanah.
4. Semua waris perlu bersetuju dengan menandatangani borang berkenaan.
5. Senaraikan semua harta-harta SiMati - harta alih dan tak alih seperti rumah dan tanah.
6. Dapatkan penyata terkini semua harta alih seperti wang simpanan di bank-bank berkaitan dengan menunjukkan Sijil Kematian simati.
7. Bagi harta tak alih, buat carian di pejabat tanah sebagai pengesahan harta berkenaan milik simati.
8. Pemohonan perlu dilampirkan surat akaun bersumpah.
9. Lampirkan semua dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan semua waris faraid, salinan geran kenderaan, penyata akaun simpanan, salinan geran hartanah yang mempunyai cop dari pejabat tanah dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
10. Semak semula dokumen dan borang permohonan bagi memasti ia lengkap sebelum menyerahkannya ke Pejabat Pusaka Kecil.
11. Bagi hartanah, Jabatan Penilaian akan membuat penilaian ke atas aset tak alih yang ada.
12. Sekiranya semua dokumen lengkap, dalam tempoh tiga bulan satu surat pemberitahuan akan dikeluarkan bagi memberitahu waris-waris tarikh untuk Bicara Kuasa.
13. Bagi yang tidak hadir boleh mengembalikan borang yang berkaitan.
14. Sebaik-baiknya sebelum tarikh Bicara Kuasa itu, adakan perbincangan antara waris-waris bagi dapatkan persetujuan atau muafakat bagaimana pusaka itu perlu diagihkan.
15. Jika tiada muafakat, kemungkinan perbicaraan itu ditangguh.
16. Dalam keadaan tertentu, berkemungkinan Amanah Raya akan dilantik sebagai pentadbir sementara.
17. Perlu diingatkan, pentadbiran dan pengagihan harta pusaka ini harus diuruskan dengan segera supaya sekiranya SiMati mempunyai hutang dunia ataupun hutang akhirat, hutang-hutangnya itu dapat dilangsaikan dengan segera.
18. Sekiranya simati berwasiat untuk menginfaqkan hartanya, hasratnya itu juga perlu ditunaikan.
19. Ketika ini simati hanya mengharapkan tiga perkara ini saja:
a. Doa daripada anak yang soleh
b. Pahala ilmu yang bermanfaat
c. Wakaf, sedekah dan amal jariahnya semasa hidup.
20. Kasihani simati. Jangan siksa rohnya dengan perebutan harta dan persengketaan keluarga.