Friday, December 16, 2016
Risiko isteri yang berkahwin di sempadan
Arus kehidupan sering kali tidak menentu. Ada pasang dan surutnya. Ada ketika manis dan ada ketikanya getir. Pun begitu setiap insan yang menghadapi saat-saat itu - tidak kira getir ataupun manis perlu menerimanya dengan tabah dan sematkan dalam ingatan bahawa itulah ujian yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.
Hidup ini hanya sementara... bila-bila masa kita akan dipanggil menghadap-Nya...
Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman khususnya untuk para isteri yang menikah di sempadan ataupun di luar negara. Bukan apa, ada beberapa isu perundangan yang perlu dipatuhi dan tidak seharusnya dipandang remeh apabila pernikahan dibuat di negara jiran.
Justeru, apa yang seharusnya diketahui dan dipatuhi?
PERTAMA
Pastikan Jabatan Agama yang menikahkan anda itu mendapat pengiktirafan JAKIM. Di Selatan Thailand hanya 6 Majlis Agama Islam wilayah yang diberi pengiktirafan iaitu di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Patalong.
KEDUA
Dapatkan pengesahan daripada KONSULAT MALAYSIA di Songkhla yang sah dengan datang sendiri ke pejabat Konsulat.
KETIGA
Daftarkan segera pernikahan anda di negara ini. Walaupun akan dikenakan denda, pendaftaran perkahwinan ini sangat penting kerana sekiranya berlaku pada masa hadapan seperti kematian ataupun penceraian, isteri boleh menuntut haknya di sisi undang-undang.
Sekiranya berlaku KEMATIAN..
FARAID ISTERI adalah 1/8 ataupun 1/4 bahagian bergantung pada struktur waris faraid suami.
FARAID SUAMI adalah 1/4 ataupun 1/2 bahagian bergantung pada struktur waris faraid isteri.
Sekiranya pernikahan ini tidak didaftarkan di negara ini, isteri berdepan dengan risiko penafian haknya di sisi undang-undang apabila berlaku perceraian ataupun kematian. Ia akan menyulitkan waris (ibu bapa dan anak-anaknya) untuk membuat tuntutan.
P/S: Sekiranya anda mempunyai kemusykilan mengenai harta pusaka atau ingin mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA bagaimana untuk membuat perancangan harta boleh hubungi 013 3311981 atau emel suraiya@kausarwealth.com
Labels:
faraid isteri,
hak isteri kedua,
harta pusaka,
nikah sempadan
Subscribe to:
Posts (Atom)